بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, October 21, 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku meninggalkan dunia blog ni (rasa nya hampir 3tahun) , kini aku kembali dengan jejari-jejari yang pantas menaip di papan kekunci. Entah kenapa namun aku rasa disinilah tempat aku meluahkan apa yang terpendam. Mungkin tak semua, aku masih memerlukan privasi.

Malam ni aku rasa nak tidur lebih awal dari biasa sebab dah agak lama aku tak tidur awal. Asyik stay up sampai larut malam membuat assignment yang bertubi-tubi. Aku agak shock disitu. Sehinggakan aku merasa seolah-olah lost didalam dunia aku sendiri. Kini aku sudah sering terlewat solat subuh, Astagfirullahalazim.. :'(
Tahajud malam ku juga sudah lama rasanya aku tidak bersujud padaNya.. rasanya sebulan yang lalu adalah malam yang terakhir aku bangun bertahajud. Astagfirullahalazim.. Al-quran kini ku baca cuma sehelai sehari, itu pun baca tanpa penghayatan yang mendalam. Solat dhuha yang ku lazimi kini aku buat sambil lewa, tidak aku betul-betul khusyuk beribadat kepadaNya..
Dimana diriku yang dahulu?? Ya Allah, ampunilah aku..


No comments:

Post a Comment