بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, October 27, 2013

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIMAH


CHECKLIST khusus buat latihan diri sendiri untuk melalui kehidupan fatamorgana ini..huhu *dipetik dari jadual harian seorang hamba Allah... di-olah sesuai dengan kemampuan diri... biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, biarlah sedikit mohon agar berterusan... InsyaAllah* Try-lah esok ye...

4.45 - 5.00 pagi 
Bangun 
Baca doa bangun tidur 
Baca doa masuk tandas 
Mandi dan membersihkan diri 
Mengambil wudhuk 
Baca doa keluar tandas 
Baca doa lepas wudhuk 
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat 
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada malamnya)
Ulang kaji pelajaran

5.40 pagi 
Menjawab azan 
Solat Sunat Fajar 2 Rakaat 
Solat Subuh 
Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa 
Membaca Zikir al-Mathurat (pagi)
Baca n hafaz beberapa ayat Quran

Mula melakukan tugasan kehidupan sebgai pelajar Bismillahirrahmanirrahim dan niatkan agar semua pekerjaan menjadi ibadah semata-mata kerana Allah... Sentiasa membaca basmallah bila mulakan setiap kerja, cuba sentiasa berada dalam wudhuk(usahalah untuk bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat setiapkali memperbaharui wudhuk). 

9.00 pagi 
Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam
Baca Surah al-Waqiah 
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.

(Kalau berada di rumah)
Memasang kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja memasak, menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik mungkin tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan. Banyakkan berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada Allah. Sentiasa zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi luang waktu dengan mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat perkara sia-sia yang tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal diri dari terlibat dalam aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan. 

1.30 tengahari 
Bersedia untuk Solat Zohor
Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor
Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2m/s selepas solat.
Sambung balik studi..

4.30 petang 
Bersedia untuk Solat Asar
Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2 m/s selepas solat. 
Riadah petang-petang

7.15 petang 
Bersedia untuk Solat Maghrib
Menjawab azan. 
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib 
Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.

Usaha luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid berhampiran. Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah. Teringat kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan lorongkan baginya kebaikan... aminn 

8.30 malam 
Menjawab azan bila azan dilaungkan 
Solat Isyak 
Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.

Usaha menambah ilmu dengan membaca Kitab-kitab Hadis dan kitab Sirah Nabi SAW. Membaca Surah al-Mulk. Bermuhasabah diri. Tidur awal dengan niat untuk dapat bangun Solat Malam. Sebelum melelapkan mata, baca doa sebelum tidur, baca ayat Kursi dan 3 Qul.


Checklist jadual harian Muslimah..biar sedikit tapi istiqamah kan ^_^

InshaAllah...usaha n tawakal.

-

No comments:

Post a Comment