بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, October 24, 2013

Pilihan Raya Kampus UKM

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah semalam aku telah menjalankan tugas sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan turun mengundi . Semalam tidur awal, jadi bangun-bangun pagi je dikhabarkan berita tentang kemenangan berpihak kepada Gabungan Mahasiswa(GM) sebanyak 22 kerusi umum, manakala ASPIRASI sebanyak 4kerusi, BEBAS 1kerusi.

Photo: KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) SESI 2013/2014

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) : 22 KERUSI
ASPIRASI MAHASISWA UKM : 4 KERUSI
CALON BEBAS : 1 KERUSI

JUMLAH KESELURUHAN KERUSI : 27 KERUSI
KESELURUHAN MAHASISWA TURUN MENGUNDI : 66.56%

Tahniah diucapkan kepada Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kerana berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK UKM selama 3 tahun berturut-turut. Semoga ia juga dikecapi oleh Pro-Mahasiswa UTHM dalam PRK UTHM yang akan tiba tidak lama lagi.

Pro-Mahasiswa UTHM
We Unite For Student

Tahniah, Mabruk, Congrates bagi yang menang.. Ni lah antara WAJAHWAJAH PEMIMPIN kita~



Photo: ALHAMDULILLAH

Kemenangan besar kepada GMUKM

22 berbalas 4 kerusi

SEKALUNG TAHNIAH BUAT CALON KEDUA-DUA KERUSI FSSK yang TELAH MENANG!!! 

Puteri Nor 'Adilah bt Mohd Zarudin |Calon tahun 1 & 2

Fatin Zulaika Hamdan | Calon tahun 3 & 4

............................................................................................................
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda:

"Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya."

(Shahih Muslim No.3408)

# GMFSSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga FSSK khususnya yang telah mengundi kedua-dua calon!Terima kasih memberi mandat kepada kami. Insya Allah akan digalas dengan sebaiknya

Penyokong yang setia!!!




KATA IMAM AL-GHAZALI:

"yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL SOLEH,dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN" 


Yang dah lepas tu lepaslah, janganlah kita bersengketa sesama kita. KITA KAWAN KAN? KITA KAWAN KAN? :)

#dariMAHASISWAkepadaMAHASISWA

No comments:

Post a Comment