بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, October 24, 2013

Rezeki di malam hari

Bismillahirahmanirahim..


Aku sebenarnya nak share 1 kejadian yang berlaku baru sebentar tadi..
Lepas balik daripada Iftar dengan PEMBINA , aku pun balik ke bilik. Tengah duduk menghadap laptop tibatiba pintu bilik diketuk, sekali ku buka ada 2 orang kakak yang datang menjual donat yang sangat comel! aku ni dahlah takboleh tengok benda comelcomel! Tapi situasi yang sebenar berlaku kat aku adalah, duit dalam purse aku takda langsung! langsung! cuma tinggal duit syiling tu pun 60sen je ade. Sedih kan? aku pun minta maaf kat akak 2 orang tu.. sedih sebab takdapat membantu, hurm..donat tu adalah donat yang tak habis dijual dekat pesta konvo..harini hari pertama pesta, so macam agak kurang sambutan lagi. mungkin esok akan lebih baik, insyaAllah..

Tak berapa lama kemudian, pintu ku diketuk lagi, aku buka pintu rupanya akak dua orang yang jual donat tu lagi. And kali ni diorang nak bagi je percuma kat aku. Aku macam, eh takpelah kak.Ya Allah, tape kak, terimakasih ye. Tapi diorang tetap juga nak bagi, siap bagi aku pilih lagi. Haa, terharu sangat. sebenarnya perut aku pun lapar juga tadi , aku duk carilah makanan kat dalam almari aku dan sekitaarnya. Alhamdulillah rezeki malam ni..

Apa yang aku nak kongsikan adalah,

Bila kita keluarkan atau berikan harta kita a.k.a wang yang ada ke jalan yang diredhai Allah, harta kita sedikit pun tidak berkurang. Malah bertambah rezeki kita. Betul, aku dah alaminya sebelumsebelum ni dan juga harini. Sungguh setiap perbuatan biarpun sekecil zarah pun tetap Allah berikan ganjaran..SubhanAllah.. aku bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah KAU berikan padaku.. ALHAMDULILLAH..



Sebenarnya ada satu lagi coklat, aku dah makan.hehe tak sempat nak snap ;)

Terimakasih akak2 , semoga Allah membuka dan memurahkan rezeki kita bersama .amin..

No comments:

Post a Comment