بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, October 22, 2013

Soal Hati Serahkan Pada Allah

Bismillahirahmanirahim..

Dah kenapa plak tajuk post aku ni ala-ala orang pasrah je?
PEMBETULAN. BUKAN PASRAH TAPI BERSERAH. BERSERAH. 

Hari jumaat yang lepas selepas selesai urusan PTPTN , aku adalah orang yang terakhir. Aku dengan kawan yang aku baru kenal dekat situ (tak sempat pun bertanya nama) pergi ke bustop depan FSSK tunggu bas. Hari dah nak dekat magrib, hujan lebat sangat masa tu. Kami pun tunggu bas yang agak lama dan akhirnya bas 2U datang, kami berdua pun naik. Bila sampai dekat Kolej Ibrahim Yaakob(KIY) , kawan yang sorang tu pun turun dan balik ke kolej dye. Pastu tiba-tiba abang driver bas tu tanya aku nak pergi mana? aku cakaplah nak balik Kolej Rahim Kajai, pastu abang tu cakap aku salah naik bas. Aku kena turun and naik bas 3U. aku pun dengan redhanye turun tunggu bas sorangsorang kat situ, dengan hujan nye, gelap..Masa tu aku rasa penat sangat, aku pun bersandar kat tiang bustop..hampir terlelap aku kat situ. Tak berapa lama kemudian, ada 2 orang pelajar dari Kolej Ungku Omar(KUO) datang tunggu bas bersama-sama aku. Tenang sikit hati aku, ada orang jugak yang boleh temankan. Mereka berdua pun rancak berbual, aku cuma duduk dan terpasang telinga apabila diorang cerita part ni..

Hawa 1 :  Nak kahwin nanti cari lelaki yang kaya..

Hawa 2 : Taknak lah, aku nak cari lelaki yang soleh dan beriman..

Hawa 1 : Kenape?

Hawa 2 : Orang cakap , kalau kita susah nak tutup aurat, kita kena kahwin dengan lelaki yang soleh. Nanti kita akan tutup aurat dengan sempurna.

Hawa 1 : Eh bukan lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik ke? kalau lelaki yang soleh mesti nak cari yang tudung labuh (suara slow) ape semua kan? -mungkin sebab dye nampak aku kat sebelah, and taknak aku terasa.

Hawa 2 : Kau nak cakap aku jahat la ni?

Hawa 1 : Eh mana ada..

Hawa 2 : Tapi aku memang jahat pun, tengoklah pakaian aku macam mana.. 

Maaf saya terdengar perbualan awak berdua, sebab suasana ketika itu sunyi dan sepi, jadi saya dengar dengan jelas perbualan awak berdua..

Tapi aku tak pandang pun ke arah diorang, tiba2 bas 3U datang, aku pun naik..and diorang masih lagi tunggu di bustop tu.

Apa yang dapat aku fahamkan ialah, lelaki soleh adalah idaman setiap insan yang bergelar wanita.
Naluri nak kan kebaikan tu mesti ada dalam diri setiap manusia. Itu lumrah setiap insan..

Bila bercerita tentang bab ni, aku macam ouh ok..perasaan yang biasabiasa. Sebab aku rasa aku tak bersedia lagi. and yang paling aku rasa, aku rasa tak layak untuk memberi perasaan kepada seseorang. Banyak sangat rasarasa yang aku rasa sehingga perasaan tu hambar dan aku kembali kepada pemilik CINTA ku yang sebenar.. rasa-rasanya ada tak yang nak bagi penampar sebab banyak sangat ber-rasa rasa ? hehe, sabarsabar.

Kadang-kadang TERada perasaan pd seseorang, mungkin sebab perwatakan dye, cara dye. aku cepatcepat hilangkan. pastu datang balik Mr. Perasaan td, aku remove lagi. dan lagi dan lagi. Sebab tu aku kalau jalan ke keluar tak pakai spec kecuali dalam kelas, takdalah aku nampak orang sangat. Alhamdulillah aku ni rabun :) kalau aku nampak orang pun, aku nampak susuk tubuh je. taknampak pn muka. hahaha, bagus2 i loike. Dengan cara ni dapatlah aku jaga pandangan aku. Risau sebab orang kata dari mata akan turun ke hati..hmm..kena muhasabah diri selalu.. Tapi buat masa sekarang, rilex dulu.. ;-)



No comments:

Post a Comment