بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, February 12, 2014

Cuti-cuti Malaysia PART1

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah pada 3 feb yang lepas, hari isnin aku dan seorang sahabat telah pergi berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur. memang betul kami berjalan-jalan ok, tak guna kereta or motorsikal. Kami guna pengangkutan awam je. huhu

Mula-mula kami sampai di Pudu raya -> Petaling Street -> Pasar Seni -> Dataran Merdeka ->Masjid Negara -> Muzium Kesenian Islam Malaysia -> Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) -> Muzium Negara dan balik.


Pasar seni, datang sini sebab nak cari hadiah untuk diberikan kepada keluarga angkat. Nak cari tulisan khat, tapi bila datang survey harga, fuhhh sangat cantik harganya. kami pun berlalu sambil buat muka tersengih macam kerang busuk.


Setibanya di dataran merdeka, ramai sangat pelancong kat situ tengah bergambar. Kami pun tidak ketinggalan. Bangunan ini masih tersergam indah kan? Teringat dulu foliosejarah tingkatan 3 kena cerita tenntang bangunan bersejarah, dan aku jadikan bangunan Sultan Abdul Samad ni sebagai tajuk aku ;) alhamdulillah A. hehe


Haa, ternampak lukisan ni dekat sekitar dataran merdeka. Mereka lah yang telah memimpin negara kita sejak negara ini merdeka. Syukur Alhamdulillah, kita hidup didalam sebuah negara yang aman dan harmoni meskipun berbeza latar belakang dan pegangan agama. Kerana itulah tujuan Allah menciptakan manusia berbeza-beza supaya kita dapat berkenal-kenalan dan melengkapi antara 1 sama lain.



Seterusnya kami menapak ke Masjid negara, walau matahari tegak diatas kepala, kami tidak peduli .

Sebelah Masjid Negara terletaknya Muzium Kesenian Islam Negara, beberapa tapak je dah sampai.



 YA ALLAH, bilalah aku akan jejakkan kaki ke sini....? InsyaAllah suatu hari nanti bersama orang tuaku...

 Juga disini..
Kain Kaabah

Sepanjang semasa disini , mata aku terpukau, terpaku, terpana semua ter ter yang sewaktu dengannya  terhadap barang-barang yang dipamerkan.. SubhanALLAH cantik sangattttt...

No comments:

Post a Comment