بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, February 14, 2014

Dean List or Bean List?

2 3 jam sebelum pukul 12, aku dah tercongok depan laptop . Tibatiba terbaca 1 post tentang membaca surah al-Khafi yang sunat dilakukan pada hari jumaat. Aku berhenti dan mencapai al-Quran lalu membacanya..kemudian membaca Yaasin..terima kasih akhi Muhammad Rusydi  .

Sebenarnya aku cukup minat dengan beliau. Maksud aku gaya penulisan dye yg sgt sempoi dan sarkastik tapi memberi makna yang mendalam . Lukisan2nya dah banyak aku buat stok wallpaper sendiri. huhu katanya ambil sahaja, tak perlu minta izin. hehe baik kan? rupa pn boleh tahan. cikgu plak tu. aisyhh, apakah apakah?!!


Selesai membacanya, aku kembali menghadap laptop lihat jam masih tinggal 1 jam untuk check result . Berdebordebor hati ni. Aku pun chat dengan beberapa orang kawan yang masingmasing menyuarakan kegelisahan tentang result yang bakal diterima. Bila tepat jam 00:01 yang keberapa saat aku terus bukak smpweb. klik klik klik, nah! akhirnya terbukti!

Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. aku terus sujud syukur di atas sejadah , tidak semena air
mataku mengalir.. Meskipun telah banyak dosa yang telah dilakukan, Allah masih sayang dan memberi aku nikmat ini. Aku bersyukur sangat ya Allah.. terima kasih wahai pemilik hati ini..

Belajar kerana Allah, bukan kerana ingin mendapat perhatian mahupun pujian dari sesiapa.

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam pernah bersabda:

" Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. " 
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan dan terus meningkat dari semasa ke semasa. yang penting istiqamah. Aku pegang kepada ayat Man Jadda Wa Jada - sesiapa yang berusaha dia berjaya. InsyaAllah. Tak rugi pun jika kita usaha lebih daripada orang lain. betul, percayalah. Allah melihat kepada usaha kita bukan hasil yang kita perolehi. Stay Calm and Pray ;)

No comments:

Post a Comment